Friday, 28 September 2012

JuMaat SudAH mARI



aLHAMdulilLah..last day berkerja dalam minggu ni..yahuu..esok sabtu dah..leh aku relek memanjang (kalau)..tapi esok aku and hubby ada kursus keusahawanan..demi masa depan, akan kami pergi juga kursus itu..hehehe..ari ni bos takde..(hari2 bos aku takde)..bukan apa, dia MC (15 hari nok)..aku lah bos, aku lah Dato'...u hep?? hahahaha...so, masa yg ada ni aku buat la kerja2 yang agak "berfaedah" sikit..3 ari lepas aku dgn hubby g jumpa doktor..nak scan baby..hm, tapi kuciwa sbb doktor cakap dalam umur 3 bulan baru leh scan..baru nampak jantong..buat masa ni tahan dulu perasaan nak scan (ini tipu)..doktor just bagi vitamin je..entah vitamin ape..kaler pink gitu..semalam aku lupa makan..sekian terima kasih..hari ni mesti igt tau..sbb sian anak mummy...after g cek up, aku ngan hubby g tgk wayang..cerita Resident Evil 4..asyik terkejut je nok..menyampah aku..tapi, cerita dia mmng best siot..RE4 baru aku layan..1, 2 & 3 talayan pon..haishhh..kiteorg g nonton kat Space U8, Shah Alam..8 org je dalam wayang tu..isk3...tp, sejuk nya nak mampuihh..sib baik bawak jaket..hurm, hari ni plak apa aktiviti ye...haaaaaa..hubby aku ckp, kwn dia nak belanja nomnomnom..alhamdulillah..rezeki baby..tp, tak tahu jd ke tak..tggu je lah..hik4..(tamalu).tajadi pun x pe..jadi pun xpe..tp kalo jd aku taknak lama2..huarggh..penat dennn..ni pun dh mengantok.hm..erm, nnti sambung lg k..no idea ni..nak cantikkan blog ni...bai bai bai..!Salam.

Tuesday, 25 September 2012

Pregnancy Due Date Calculator

Hikhokhikhok..haa..ni aku baru dapat info dr mamakila..kena lawat laman web baby centre..konon2 nak kira due date aku...sbb aku lom g cek klinik lg..insyaallah mlm ni kot..kot laa...ini dia resultnya...tadaaa...

klik gambar jika mahu gambar membesar..-__-"


Nampak tak? Kecil sgtkan..hmm..tp, yg pasti dia tulis kat situ..due date aku berkemungkinan besar pada 2 May 2013...:D..Insyaallah..doakan yang baik2 saja..amiiiinnn....*sayang anak mummy*

p/s : tengkiu mummy kila for the info...:D

cholestrol oh cholestrol

Hai lah badan hai lah nyawa...aku baru je balik dr Klinik Kesihatan Putrajaya pas ambek result kolestrol aku..hm, nampaknya kolestrol aku kali ni ada perubahan tp still tinggi..(perubahan kah itu?)

Result
LDL {kolestrol jahat}
3.93 
(sepatutnya mesti 1 - 4.0)  
                
HDL {kolestrol baik}
1.81 
(sepatutnya mesti 1.10 - 1.70)
            
Total Cholestrol  
6.1 
(sepatutnya mesti 0 - 5.2)


Tahu je kolestrol aku tggi, balik ofis terus aku cari info macamana nak kurangkan kolestrol..hihihihi..gatalkan..sekrg baru nak insaf..meh tgk..apa yg perlu di makan utk mengurangkan kolestrol..


1.Kacang Soya
-mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian-
-mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis-
-kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi-




2.Kuaci 
-kaya dengan kandungan zat besi-
-amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil megurangkan kolestrol-




3.Buah Kering
-buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid-
-mampu menyingkirkan lebihan kemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung-
-flavanoid juga terdapat dalam teh, brokolo, tomato, bawang dan buah delima- 




4.Epal
-makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolestrol dalam badan-
-memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak- 



5.Ikan Tuna
-sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin-
-melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL- 



6.Kacang Tanah
-kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E-
-Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung- 



7.Mangga
-kaya vitamin C-
-Vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan-
-selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi- 



8.Kismis
-mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol-
-amalan diet 400 kalori kismis etiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%-



9.Jambu batu
-disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama 4 minggu-
-dapat menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8% dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan-



Ok, tu je yg aku rajin type..rasanya ada lagi kot..so, after this aku kenak ambek smua benda2 alah kt atas..no more ayam no more telor..no more no more..hmmm..nak jaga kesihatan la babe..kesihatan anak aku lagi..weee..k lah ..pasni update lagi..babai..:D

Monday, 24 September 2012

Untuk Yang Kedua Kalinya..

Astgfrlhzim...nauzubillah..hanya itu yg keluar dr bibir aku pg td...

"Wooo...woo..wooo..," husband aku menjerit tyme tido..Aku punyalah terkejut..tyme tu azan subuh tgh berkumandang..aku menampar lembut muka suamiku.."Bee, bee..bgn..astgfrlhzim astgfrlhzim..", sambil menyapu muka husband aku dgn tgn..supaya dia sedar dr tido..Rupa-rupanya dia mimpi buruk..Masyaallah..Husbnad aku cyter dia mimpi aku kena rasok..

"Tyme ya kita nak tido, ayg soh bee tutup lampu..so bee tutup la lampu.Bila bee tutup lampu mata ayg terbeliak besar..terus bee padah dlm ati..pahal gik ngan bini ku tuk..Ati bee sik sedap..lalu bee on gik lampu..ayg ok plak..tido dlm keadaan tenang..lepas ya ayg soh bee tutup lampu gik..bee tutup la..pas ya bee toleh kt ayg..darah ngalir kuar dr mulut ayg..mata ayg dah hitam dah ngan terbeliak besar..keadaan ayg tyme ya terapung kat udara..kai kt dinding..(mcm cerita Congkak)..pasya bee soh ayg tgk sndirik dlm cermin..ayg terpinga-pinga jak..pasya tiba2 bilit kita jd itam kat 2 penjuru..hitam memanjang..lalu bee jerit2..bee dh marah gilak tyme ya..sbb duak kali dh masok dlm mimpi yg da kaitan ngn ayg..mun bee yg kenak rasok sik pa..tok ayg yg kenak..ni x pns ati bee..bee jerit kuat2 "kuar...kuar..kuarrr.."..pasya terus ayg bgnkan bee..."

Mcm tu lah cyter husband aku kt aku..meremang kot bulu roma dia tyme story kt aku..aku pun tkut la...just tkut itu petanda org nak hantar sihir ke ape ke..Nauzubillahiminzalim....Ya Allah yatuhanku lindungilah keluargaku dr sebarang kejahatan..AMIN..



baby tgh berdoa..=)



Friday, 21 September 2012

Buat baik dibalas baik...

Haluuu..arini aku nk story sal owner umah sewa kami yg sgt 'baik hati'.nak di jadikan cerita...smlm waktu balik kerja,mcm biasalah aku scan kad parking utk masuk parking kt dlm kwsn pangsapuri..tit tit tit..smpai 3 kali kot..penghadang jln tu tak leh bukak..hmmm..pastu guard tu tnya sambil bwk kertas..aku gtau la alamat umh..pastu dia cek.."maintenance blm byr"..dlm hati aku..wtf..!! Ptg tu jgk aku dgn husband aku trus g pejabat maintenance tnya sal umah..mmng sah la..si jenglot tu tak byr maintenance umah..3 bulan..wth!!jenglot tu penipu..lahanat..sbb tiap bulan kteorg akn msg dia dulu..nk tnya maintenance byr trus ke atau just bank in dia..lahanat tu ckp just bank in dia..tp,tgkla..apa yg dia dh buat..kereta dh tak leh parking dlm..dah la aku tgh mengandung ni...aku doa org mcmtu tak akan aman idup dia..smpai laa ni pun agreement tak bg2..hm,supaya kau senang nak halau kamikan??!!!..ptg td husband aku kol dia..mula2 dia jwb pastu letak..kol kali kedua tak jwb2..pastu dia msg -sy tgh meeting..kalau nk cpt byr dulu nnti tolak duit rumah..- mcm haram- sbb husband aku tnya sal byrn maintenance..tu yg jaharu tu jwb mcmtu..huhhh..jgn smpai aku bersuara lantang...dia igt ujg bln dpt duit..tu je..wtf!!dah la..bye!!

macam nak cekik2..

Tanda-Tanda Awal Kehamilan



Kehamilan adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :) Bagi pasangan yang baru berkahwin, tempoh kehamilan mungkin akan mengambil masa seawal selepas sebulan atau mungkin makan masa beberapa bulan..  dan mungkin beberapa tahun! Ikut lah pada rezeki... Kalau kata ada tu adalah... Tapi jangan fikir bila Allah tak kurniakan kita rezeki anak awal maka Allah tidak memberi kita rezeki. Bukan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari itu. Think positive... InsyaAllah yang belum ada tu.. suatu hari nanti akan ada... :) Usaha, Doa, Tawakkal..... ok?

Ok, harini aku nak share plak tanda-tanda awal kehamilan dengan korang. Yang dah berkahwin je boleh baca hoke. Yang belum kawen, tunggu dah kawen baru datang sini oke... pergi refer post pasal persiapan perkahwinan dulu heheheh...

Nak tanya ni, all mom to be out there macam mana tahu diri korang tu peknen ek? Selain tak datang bulan... ada symtom2 lain tak? Nanti share kat komen oke..? :)

Mungkin kebanyakan wanita menyedari apabila dirinya hamil dan mungkin juga ramai wanita yang masih lagi keliru mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? 

Di bawah adalah tanda-tanda awal kehamilan, cekidaut!:

1. Loya & Muntah

Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Sebelum aku tahu aku mengandung, takde langsung rasa mual, loya atau nakmuntah.... Tak semua wanita mengalaminya... :) Atau mungkin belum terjadi di awal-awal kehamilan...Laki aku je kot yang dok muntah2 angin..sian dia..:(

2. Kerap buang air kecil

Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Bab kekerapan buang  air kecil ni tak sure plak aku ada ke tak. Sebabnya, kalau tak peknen pun aku ni memang senang sangat nak membuang... Lagi-lagi kalau banyak minum air atau duduk dalam tempat air-cond yang terlalu sejuk. So, sampai sekarang ni memang senang sangat nak terkucil pun. haish macam orang tua plak...-..-'  Tapi, daripada apa yang aku tahu, nanti masa kandungan dah membesar kekerapan wanita yang mengandung ni akan meningkat. sebabnya, semakin kandungan membesar, semakin ia menekan pundi kencing tu pasal akan selalu nak terkucil hehe. tak caya? tanya lah kat mom to be yang perut dah memboyot tu hehe...

3. Keluar Darah diikuti Kram Perut

Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan sebagai menstruasi.

Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

Okay, setakat ini aku beluma da lagi tanda-tanda ni..just wait and see..:)

4. Mengidam

Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam atau mungkin lebih daripada itu!

Belum lagi lah rasa nak sangat sesuatu tu. Belum lagi kottt hehe...Rasa tak de selera makan tu adelah..smpai tak thu nak mkn apa..mulut nak kunyah pun susah..tp perut lapar..

5. Moody

Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

ahhaaahhh yang ni memang ada! Tapi My tak pelik pun sebab aku ni memang jenis cepat sensetip haha. Tapi masa awal-awal haritu memang ada kes dengan enchek somi. Mana tidaknya, hanya kerana perkara kecik aku tarik muka macam perkara tu besar sangat. Sampai menangis kauuuu... Aku tatahu kenapa aku rasa sedih sangat. Kalau enchek suami marah sikit-sikit pun aku menangis... Aku rasa macam dia benci kat aku... ada la 2 kali kot jadi haritu hahahaha... simtom2 ibu mengandong rupenye...:D

7. Pengsan

Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

Owh selamat My tak lah sampai pengsan...rasa pening-pening nak pitam tu ada la hehe....pucat sampai bibir aku kuning ok..*my hubby ckp la..

9. Cepat rasa mengah

Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

Yang ni rasanya ada... sebab sekarang ni kalau jalan sikit je dah terasa mengah. seyes! naik tangga baru satu tingkat pun dah mengang kauuuu...

10. Tidak bermaya/letih

Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

Yang ini paling-paling lah...True! My cepat rasa letih sekarang. Kat tempat kerja pun rasa tak bermaya. Dah balik kerja tu  flat giler. Malam? Selalu tidur awal.. -.-'

11. Perubahan pada payudara


Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu keadaan payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Selain itu terjadi aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.

Errr yang ni aku tak berapa pasti la sebab tak berapa nak perasan perubahan tu tapi bab sakit tu memang... rasa macam time nak period tu...tegang jek. adehhh kalau tersentuh sket dah sakit.... errr bab payudara ni takleh citer lebey-lebey ye... full stop..:D

12. Tidak datang haid (period)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Last period aku bulan puasa aritu..bulan 8..di awal bulan 8..sekrg ni dh lewat bulan 9 nok..

Dan akhirnya.....


13. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian..


yang ni hubby aku paksa g beli pregnancy test pastu paksa2 aku g kencing..baiklah suamiku..dan..

TAHNIAH...!!! ^____^

Wednesday, 19 September 2012

i'm preggy..!!

Salam..ya allah..memang bersarang la blog aku ni..lama bebenor tak update blog..takpe, lama2 pun ada gud news..nak tahu tak? tak lama lg aku bakal jadi Mummy..oh, yeah! Begini kisahnya..aku mengadu kat husband aku, mengapa period aku bulan 9 ni lambat..sepatutnya dalam awal2 bulan haritu..husband aku cakap releklah..kalo nak kepastian, g beli pregnancy test..aku mula2 tak nak sebab aku fikir mungkin lewat sikit kot bulan ni..tapi, dia paksa2 aku beli..dah la paksa beli..paksa pulak kencing..ha3...pas aku kencing aku soh dia tgk..DOUBLE LINE ok..maksudnya aku berbadan 2..kihkihkih..alhamdulillah..husband aku seronok tak terkata..takeruan dia...tatentu arah..terus tanak merokok depan aku..(ye ke?)..pastu dok sibuk pk nama baby..-__-"..malam tu aku dan dia takleh nak tido..ntah lah..tk thu apa perasaan tyme tu..hujan lebat guruh segala mcm..aku nak g toilet, husband baik hati plak offer diri teman..kih3..berita gembira tu sudah kami khabarkan kpd kwn2 yg terekat..husband aku dok post dalam facebook kot..pastu post kat whatsapp (group kucar-kacir punya chat room)..punyalah riuh..ptt lah aku selalu lapar..makan sekjap lapar..makan sekejap.lapar..ada org dlm tummy aku rupanya..oh, comelnya..!family kami pun dah thu pasal ni..pelbagai nasihat diberikan..pjg lebar rendah pendek..semua cukup..hik4..