Tuesday, 25 September 2012

cholestrol oh cholestrol

Hai lah badan hai lah nyawa...aku baru je balik dr Klinik Kesihatan Putrajaya pas ambek result kolestrol aku..hm, nampaknya kolestrol aku kali ni ada perubahan tp still tinggi..(perubahan kah itu?)

Result
LDL {kolestrol jahat}
3.93 
(sepatutnya mesti 1 - 4.0)  
                
HDL {kolestrol baik}
1.81 
(sepatutnya mesti 1.10 - 1.70)
            
Total Cholestrol  
6.1 
(sepatutnya mesti 0 - 5.2)


Tahu je kolestrol aku tggi, balik ofis terus aku cari info macamana nak kurangkan kolestrol..hihihihi..gatalkan..sekrg baru nak insaf..meh tgk..apa yg perlu di makan utk mengurangkan kolestrol..


1.Kacang Soya
-mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian-
-mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis-
-kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi-




2.Kuaci 
-kaya dengan kandungan zat besi-
-amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil megurangkan kolestrol-




3.Buah Kering
-buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid-
-mampu menyingkirkan lebihan kemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung-
-flavanoid juga terdapat dalam teh, brokolo, tomato, bawang dan buah delima- 




4.Epal
-makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolestrol dalam badan-
-memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukkan lemak- 



5.Ikan Tuna
-sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin-
-melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL- 



6.Kacang Tanah
-kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E-
-Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung- 



7.Mangga
-kaya vitamin C-
-Vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan-
-selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi- 



8.Kismis
-mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol-
-amalan diet 400 kalori kismis etiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%-



9.Jambu batu
-disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama 4 minggu-
-dapat menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8% dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan-



Ok, tu je yg aku rajin type..rasanya ada lagi kot..so, after this aku kenak ambek smua benda2 alah kt atas..no more ayam no more telor..no more no more..hmmm..nak jaga kesihatan la babe..kesihatan anak aku lagi..weee..k lah ..pasni update lagi..babai..:D

0 juta org yg syg saya: