Friday, 30 November 2012

Sudah la jatuh di timpa tangga..

Salam..hallu..tgk tajuk entri aku dah macam apa kan..hmm..tu menunjukkan satu perkara yang buruk berlaku semalam...chewahh...hahaha..ok camgini cyter nya..dalam kul 4.00 pm, datang kontraktor yg pasang pili2 bomba tu..dia ckp dia nak test pili bomba utk tgkt 5 ni..smua ok ke tak..dia pesan, kalau ade bocor gtau dia..so, aku dgn abg zul pun ok je..dalam beberapa minit kemudian...air yang deras turun dr lubang aircond atas kepala aku..ya allah..mujurlah lubang air cond tu tak cun2 atas kepala aku..hujung belah sana sedikit..tapi, air yang keluar dari atas tu sgt kuat..dah la kuat..kaler cokelet pulak tu..aku panik sebab aku stuck kt meja aku..nak keluar kena lalu air tu.meja aku sambung sampai ke tingkap..tepi meja pulak ada mesin fotostat..sngat sempit..mujur ade odeli (Abg Zul)..dia tarik meja aku, dia aleh mesin fotostat supaya aku dpat kuar dr tpt dudok aku yang dah basah gila babeng tu...pastu selamat lah aku pk..tak lama lepas tu..air mencurah2..abg zul dok cari kontraktor tadi..aku panggil kak azmah suruh dia tgk..pastu, "bedebum"..bunyi siling tu jatuh..ya allah..mujur la aku tak kat sana tyme tu..kalau tak..memang kena aku lah siling tu..alhamdulillah..(Allah lindungi ibu mengandung ni)..karpet basah..mesin faks basah..nasib baik atas meja aku takde fail2 penting..lepastu ape yang penting, tpt aku duduk tu main suis semua alat2 elektrik..so tkut la kena renjatan elektrik ke..tahu je la, bila air dah jumpa dgn elektrik..menjadi2 la jwbnya..fuuhh..selamat...gambar? erm..tak sempat nak upload..nanti ye..la ni dieorg tgh pasang siling tu balik..hm, dah la datang waktu2 nak balik camgini..haiyaa..datang la pagi tadi ke..kul 3 tadi ke..hm, takde nye aku menunggu lepas waktu kerja ni..igt bayar ke OT..? hmmmmm...dah la bilik kecik..roboh pulak tu..kesian kesian..kesian..-__-"

#alhamdulillah..aku takde pape..:)

Thursday, 29 November 2012

Doa Untuk Anak Mami & Dadi..

Ya Allah, 
Peliharalh anak aku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah,
rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.

Ya Allah,
Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, 
Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah, Tuhan semsta alam. 

Amin amin amin ya Rabbal 'Alamin




Monday, 26 November 2012

Lau Kana Bainana..


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...



Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..



Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.



Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah



Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam



Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.


p/s : aku dan suami aku suka lagu ni..mula2 suami aku..lepastu aku mcm tertarik pulak untuk mendengar lagu ni..hari ni terus aku cari maksudnya..dia dgr lagu ni melalui rancangan tv berunsur ceramah-ceramah agama..so terus hati suami aku lekat dgn lagu ni..aku first dgr tyme rancangan Tanyalah Ustaz..:)..best jugak..syahdu2 gitu..dgr lah ye..aku letak kat blog aku lagu ni..:)

Hanya Ubat Nyamuk..

Hmm..entry aku kali ni lain mcm je bunyikan..ahaks..tu pepatah je..mcm ni cyter nye..Khamis lepas husband aku bawak aku jumpa kwn2 dia..6 tahun kot dh tajumpa..so ala2 reunion la..aku rasa serba salah..nai ikut ke tinggal..ikut kang mcm ganggu je..tak ikut kang dok risau sorg2 kat umah hubby tak balik2 lagi..aku ckp kt husband aku..sukahati le nak bawak ke tidak (ayat lain mcm je bunyi kan)..haha..last2 dia bawak aku..malas la nak cyter ape yg berlaku mlm tu tp sakit hati tu ade jugak lah..just aku boleh ckp mcm ni je..

"KAWAN YANG BAIK TIDAK AKAN MENDORONG KAWAN NYA SENDIRI KE ARAH KEJAHATAN..KAWAN YANG BAIK AKAN SENTIASA MENYOKONG TINDAKAN KAWANNYA YANG MAHU BERUBAH KE ARAH KEBAIKKAN..JANGAN MENGEJEK KAWAN YANG SEDANG BERUBAH..BAGI SOKONGAN..JANGAN KAU AJAK DIA SEKALI BERPERANGAI MACAM KAU YANG MACAM HARAM"

isteri dia tasuka..tak penting sgt bagi aku..huh!mintak maaf suamiku..aku tasuka perangai sahabat mu yang sebegitu..aku isterimu sentiasa mendorong engkau ke jalan yang dirahmati Allah s.w.t..kau lah imam kita anak beranak..jadilah suami yang baik yang boleh memimpin kami anak beranak ke jalan yang benar..AMIN..!


P/S : tak semua sikap mereka yang aku benci tp sesetgh sikap..JGN SLH FHM..aku seorg isteri je tahu..huhuhu..kuatkan hati suami ku ya allah..sesungguhnya aku menyayangi dia..



GATAL ketika hamil..

Gatal semasa mengandung..ituu sangat GATAL..ee..miang..ahaks! Statement yang menjijikkan..haha..gatal yang aku maksudkan kat sini adalah gatal-gatal pada anggota badan..aku paling teruk kat bahagian tangan dan kaki..hm..sehingga meninggalkan parut yang hodoh..tasuka..:(..tangan aku jadi merah-merah macam ruam2 gitu..kaki aku pun sama..mula2 aku igtkan terkena air hujan yang ktor tyme kami di Melaka haritu..ye lah dok air dia kena dgn tanah..mmng lah kotor..gatal2..rupa2nya ni salah satu alahan ketika mengandung..jangan dihairankan sgt kata orang..tp, aku hairan..haha..nasib baik lah aku tak gatal kt bahagian perut..nanti huduh perut..ni pun aku tgh sapu losyen kat jari jemari aku yang runcing..nanti bila jumpa doktor nak mintak la ubat gatal..kepala aku pun gatal ni..haish..anak mummy ni mcm2..tp, takpe..mummy always love u syg..hik3...apapun dugaan yang melanda akan aku tempuhi demi ANAKKU..:)


this might sound funny : suami handsome, isteri biase-biase je..

Assalamualaikum w.b.t




Have you ever seen the spouses, such the husband is freaking damn handsome, but the wife just so average? [speaking London kau...]..hi3..
Kadang-kadang aku rasa macam beast plak dok jln2 tepi husband aku..husband aku comey..hidung mancung..boleh tahan..boleh dikatakan handsome la..aku ni tak la comey sgt..biase2 je tp aku bersyukur ke hadrat ilahi atas kurniaan Allah s.w.t. rupa paras yang sebegini..(alhamdulillah)..
Kadang-kadang bila aku jalans ebelah husband aku ade je pompuan jeling-jeling dia..erm..aku tajeles tp ntah..hahaha..perasaan seorang isteri yangs enget mcm aku ni jgn layan sgt...kalo ada perempuan cun lalu kan mesti aku puji..tp, husband aku akn jwb, biasae2 je tu..baiklah..ISTERI KO JE COMEY KAN..ahaks..(perasaan)..
Aku suka puji laki aku..hari2 kot aku puji dia..aku suruh dia letak hidung kat perut aku supaya anak kami ambik hidung ayah dia..hik3..lucu kan..yelah hidung dia comey hidung aku standard punya..
Susah jugak jaga suami handsome ni tp husband aku ckp jgn risau syg, bee dah ade ayg cukup dah..and yng penting baby dlm perut ayg ni..(I LOVE U BEE..so much)..mungkin masa telah merubah segalanya..manusia akan berubah..nak tak nak je..ikut pendirian masing-masing..kalau kuat hati nak berubah, INSYAALLAH..kalau tak..aku azankan telinga engko nanti..ahaks..tak payah la aku cerita sgt sejarah hidup husband aku dulu..hik3..yg penting skrg dia syg aku dan anak kami..hu3..kan beebee kan..:)..love u so much much much..mwah mwah mwah..!!love me only k? :*

Thursday, 22 November 2012

13 cara suami melayan isteri mengikut cara Rasulullah s.a.w.

Hallluuu..hari ni aku betul2 takde mood nak buat kerja..update blog je la..padahal kerja berlambak kot..hm, malas lah...aku dok bermain dgn encik google arini..dah FB tak dpt..so, blog je la jwbnya..ari ni entry khas utk sang suami..baca ke tidak suami aku blog aku ni ye..hu3..takpe2..erm..let's go..hari ni nak cyter bagaimana Rasulullah s.a.w. melayan isterinya..:)

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”


2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Wednesday, 21 November 2012

Amalan Pemakanan...

Pergh..skema benau tajuk entry aku kali ni..maksud aku kat sini amalan pemakanan ibu & bapa mempengaruhi baby dalam perut tau..itu sumber yang aku dapat dr blog seorang isteri..cheh..tak menahan..dah tahu nak bina ayat macam mana kan..nak dipendekkan cerita..

Tips Pemakanan suami isteri ketika isteri hamil :
 Jauhi makanan dan minuman haram 

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram bedasarkan kajian ahli sufi ialah : 
1.Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa dan tidak tenteram.
2.Berat untuk melakukan ibadah.
3.Hati menjadi keras, suka dengki,suka membantah dan sifat kasar.
4.Hati sukar menerima kebenaran.
5.Susah melahirkan anak.

Antara kesan memakan dan meminum benda haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa : 
1.Anak akan cenderung mencuri.
2.Anak-anak pun akan cenderung  memakan dan meminum benda haram.
3.Anak-anak akan cenderung membuat pemberontakkan dan kerosakkan.
4.Anak-anak cenderung ke arah benda yang tidak bermoral.


p/s : so, suami isteri kena la jaga makan minum ketika isteri sedang hamil ye..insyaallah dpt ank yg soleh dan solehah ..amin...!!

Operasi Perpindahan Macam &^^%$%$

Yuhuu..fuh, mcm lama dah tak update blog kan..ye lah..2 3 minggu ni dok bz dengan pindah opis..kemas barang sendiri, kemas barang Dato'..itu ini itu ini dan banyak lagi..stress..hari2 aku stress..sian anak mummy (sambil usap2 tummy)..ahaks..!!actually kiteorg start masok opis baru ni 9 November 2012..pergh, first day aku dtg..opis mcm kandang orang indon kot..satu ape tak siap lagi..hairan aku..kata pindah tp tak mcm pindah..dah la Sabtu kena datang..hmmmm..kebetolan minggu lepas byk sgt public holiday so kerja mcm nak tak nak je..tp apakan daya..bilik kena kemas jugak..mujur la Dato' cuti sepjg minggu lepas..takdenye la nak bebel2...bilik aku sempit kot..tak sebesar bilik SU lain..dahtu suis semua kat aku..i mean plug utk cucuk ape2 peralatan elektrik..mahu tak byk power elektrik kat aku ni..kt tpt abg zul takdok langung..hampeh la kontraktor ni..pastu kan..lift tiap2 hari rosak..aku kena daki tangga smpai ke tingkat 5..opis aku kt tingkat 5..uwaaaa...pastu takde air cond..ya allah..hanya tuhan je tahu perasaan aku minggu lepas..dgn bawak perut camgini..dok g toilet tingkat 7 naik tangga..uhuk3..balik je mesti aku bebel depan husband aku..husband aku pun dok maki org yg buat court tak siap2..harap je besar tp semua kekurangan..hampehhh...kalau aku tulis kat sini, pjg kot yg aku nak bebel sal opis baru ni..hmm..malas la begini..hihihi..aku nak tunjuk sikit keadaan opis mula2 aritu..sekrg dah ok SIKIT..OK SIKIT je ok...lahanat betul la bangla2 ni..




Thursday, 8 November 2012

Them Coming Here...Weee!!

Salam..fuh, mcm lama dah lama aku tak update blog aku..bukan ade org baca pun..saja sendiri2 tulis..sendiri2 baca...mggu lepas mak, bapak dengan abg aku datang KL..dieorg pergi mengejut..mana tak mengejut aku cakap..hari Khamis (I November 2012) tu, aku MC sebab sakit perut yang teramat sangat..pagi tu jugak mak aku call nak datang malam Khamis tu..kira malam Jumaat lah kan..panik kot aku dengan husband aku..sebab rumah bersepah..dah kemas di mata kita, tetap bersepah di mata orang tua kan..tapi, seharian kami baring..dua2 sakit perut..tak terkemas langsung..sbb mak ada call balik..dia cakap, maybe mlm tu dieorg tido hotel dulu sebab esoknya Jumaat.so kiteorang kan masih kerja..dieorg taknak la terperap dlm rumah..yelah dtg KL takkan nak dok umah je..mestilah nak jalan2..dieorg tido hotel kat Jalan Tar.

Pada hari Jumaat nya pulak, husband aku g jemput dieorg kt KL..sebab abg aku booking utk satu mlm je kt hotel tu..so, bawak la g tido umah..tido umah lg bgus..jimatkan..lagipun keesokan harinya Sabtu..Yang tak bestnya..Sabtu minggu lepas aku kerja..puihh..hmmm..petang tu bawak mak balik rumah..dan pada sebelah malamnya bawak dieorg g Stadium Melawati..sebab ada Jumbo Sale Warehouse Clearance Al-Ikhsan..fuyooo..kasut murah2 kot..beg pun ade..baju, stoking..semua brg al-ikhsan la..aku sempat sambar kasut NIKE..hihihi..harga dia RM179.00..pastu less 50%..so aku dpt RM89.00 jerkk..yeayyyy...dr dulu aku nak beli kasut tu..akhirnya...Lepastu, kiteorg g lah UPTOWN SHAH ALAM..makai-makai..aku rasa aku tak sambar ape-ape kot..rasanya la..sebab nak cari baju tido emak sbnrnya..aku dah lemau dah..dalam kul 1 kiteorg balik...

Sabtu pulak, pagi2 lagi aku kena g kerja...hm, packing brg..Gotong-Royong Operasi Perpindahan Mahkamah katanya..puihh..takde buat papepun..tlg bilik fail yg tak setel2 kemas..apa punya lembap la bilik fail ni..kiteorg pulak jd mangsa..hmmm...sib baik aku mengangung..so, takleh nak kerja berat2 sgt...korang ape tau??tak tau kan..nyampah..!!aku mintak halfday..ye lah, rugi mak bpk dtg aku kerja..baik aku half day..petang tu bawak dieorg g One Utama dan IKEA..kat One Utama dok penat carik baju bapak..pusing satu level je aku dah penat nak mampuih..talarat den..last2 kedai yg first dia masuk..kedai tu jugak yang dia beli baju..COTTON ON kau...hahaha..pastu g IKEA pulak..fuh..RM400 lebih kot dieorg shopping kat IKEA.sampai dapat parking free..-__-"..dieorang nak angkut balik Swk..ade la sikit mak sambar brg utk keperluan kami berdua kat sini..Mamaseh mak..hik3..mlm tu igtkan nak bawak dieorg g I-City..tp, hujan..hm...balik umah..tidooo...

Ahad plak g kenduri kahwin Era..tp, takleh nak lama sgt sebab ada benda nak buat...nak g Jalan Tar je pun teman mak dan bapak..abg aku dengan laki aku dok g Low Yat..kami bertiga naik LRT..senang kata bapak aku..tp, kaki aku punyalah penat..g SOGO dan JALAN TAR..hm, mcm biasa..mak aku g borong tudung utk buat jualan kat sana..pastu balik ke Wangsa Maju naik LRT sebab phone mak aku tertinggal kat umah Abg Abu...jumpa dieorg kt JUSCO..terus aku terbeli selipar VINCCI..penat kot pakai selipar tinggi..beli lah yg rendah..heheehe...pastuu lepak umah abg abu jap..then balik umah tido..penatt..esok nak hntr mak awal2 g airport balik Swk..rasa tapuas je berjalan..hm..rumah sunyi..:(..

Inilah cerita weekend aku yg penat...tp seronok bak kata husband aku..:)..babai..nanti update lagi...!