Monday, 26 November 2012

Lau Kana Bainana..


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam...



Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..



Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.



Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah



Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam



Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.


p/s : aku dan suami aku suka lagu ni..mula2 suami aku..lepastu aku mcm tertarik pulak untuk mendengar lagu ni..hari ni terus aku cari maksudnya..dia dgr lagu ni melalui rancangan tv berunsur ceramah-ceramah agama..so terus hati suami aku lekat dgn lagu ni..aku first dgr tyme rancangan Tanyalah Ustaz..:)..best jugak..syahdu2 gitu..dgr lah ye..aku letak kat blog aku lagu ni..:)

0 juta org yg syg saya: