Friday, 1 March 2013

susu gantung di dalam peti..

Salam Jumaat..alhamdulillah masih bernafas dan masih boleh hupdate blog aku..ari nak update sal TIPS PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM) haaa...kan tak lama lagi little khalifah nak kuar dr perut aku..so, kena la rajin baca info2 cam gini..igt nak copy paste je..tp , better aku type balik..supaya akus endiri faham (ala2 study dulu)...puihh..ahaks..
ok, aku baru tahu..susu kita ni ada anti-bakteria yang membolehkannya disimpan lama dan kekal segar..Bawah ni ada gambar ringkas (mudah nak faham) bagi tempoh penyimpanan susu ibu...



ok..nak explen satu-satu..jika kita menyimpan susu ini - 
  • suhu bilik - tahan 4 jam
  • cooler bag - 12-24 jam
  • peti ais bawah ( 2 pintu ) - 48 jam
  • peti ais atas (tempat beku tu) - 3 bulan
  • peti ais satu pintu - 1 minggu sahaja
  • deep freezer ( mcm tempat mak kita letak daging ikan sgala mcm tyme raya ) - 6 bulan ( ada jugak 

PANDUAN MENYAHSEJUKBEKU SUSU IBU
  • Ok, if nak guna susu itu esok hari..so, kita kenalah kluarkan susu itu siap2 pada sebelah malamnya..jgn esok nak pakai, esok tu jugak kau serabut nak kluarkan dr peti ye leha..-,-"
  • Untuk panaskan susu yang beku tadi, rendamkan dalam air panas/ suam ( kalau panas sgt hilang nutrien susu nyah ) ..ala sekrang pakai EXPRESS BOTTLE WARMER jer..erk..ahaha..
  • Goyangkan sedikit botol susu supaya suhu dia sekata atau dgn kata lain..goncang..titik dulu kat belakang tapak tgn..kang panas sgt melecur lidah anak aku..-,-


PANDUAN ASAS PENYIMPANAN SUSU IBU
  • Botol simpan susu mestilah dibasuh dgn sabun..dibilas dgn air yang pns mendidih serta keringkan dgn sepenuhnya sebelum disimpan.
  • Catat tarikh bila kau perah susu tu kat atas botol tu..senang..!
  • simpan susu dalam kadar mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan (3-4 oz)
  • Jangan simpan smpai penuh...tinggalkan sedikit ruang (membolehkan pengembangan berlaku semasa proses pembekuan)
  • Simpan bahagian sejuk dulu lepastu baru simpan kat freezer ( sebaik-baiknya ) - takut hilang nutrien - perubahan suhu mendadak..
  • elakkan simpan susu di bahagian pintu sebab pintu sllu bukak tutup bukak tutup..so, suhu tak sekata..
  • digalakkan simpan kat bhgn atas peti dan bhgn pling dlm - situ suhu stabil katanya..
  • if guna cooler bag - make sure ice pack mencukupi ye..- elakkan bukak tutup cooler beg tu agar suhu dapat distabilkan.


PANDUAN TAMBAHAN BAGI IBU BERKERJAYA ( INI SGT PENTING ) 
  • susu yang diperah kat opis..ko kena simpan dalam cooler bag tau..make sure ice pack tu cukup..sampai je rumah kau boleh terus simpan susu tadi ke dalam peti sejuk bawah atau atas..
  • jangan simpan dalam tempat sejuk beku kalo kat opis..even pun kat opis kau ada peti..sebab susu yang dah beku tadi kena beku selama-lamanya kecuali bila kau nak pakai..nanti dah cair bila otw balik rumah tu, susu jadi rosak..
  • susu beku yang telah cair ( even cair sikit ) kenot dibekukan semula - simpan dlm peti sejuk bawah..kalau boleh pakai terus..sebelum rosak..
  • sebaiknya simpan susu di peti sejuk bawah sekiranya utk stok beberapa hari..kalau lebih 5 hari tak pakai baru masukkan dalam bahagian beku..
  • jika susu yang telah dipanaskan utk diberi kpd baby tidak habis minum, boleh simpan semula dalam peti sejuk bawah utk guna balik ( tp, make sure jgn lebih 2 jam )..tp, lps penyusuan kali kedua tak habis jugak..kena buang..paham?
  • jgn pnskn susu dgn air panas menggelegak, microwave atau air melebihi suhu 70 degree celcius kerana khasiat di dlm nya kan rosak. 

0 juta org yg syg saya: