Tuesday, 27 August 2013

vitamin vitaman

Salam halu...dah selasa..tasaba nak khamis..kikiki..
ok ari ni nak talk about vitamin..
Aku ada lagi vitamin lebihan lepas bersalin aritu..
Produk Shaklee..
So, arini aku nak google..
leh lagi  tak mkn vitamin walaupun dah 4 bulan bersalin
Aku rasa benda alah ni tak semestinya untuk yg lepas bersalin je kan..
Ok ok..so check it out..

VITA-LEA

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Siapa Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan 
   kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin





B-COMPLEX

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi



VITAMIN C

MANFAAT UTAMA :
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

P/S : So mulai hari ni aku nak start balik makan benda2 alah tu..rugi beli mahal2 tapi tak makan..haishh..

XOXO..
Published..~

Saturday, 24 August 2013

Buntu

Slm sabtu..
Ya allah bosan nya life aku
Hari2 rasa kosong..
Rindu kt anak and suami membuak2..
(tyme tlis entry ni tetiba air mata jth)
Sehari x mngs mmng x sah
Kalau x mngis tu mmng pelik la bg aku skrg..
Rindu tyme suami msh kt sini dulu
Mcm2 xtvt kiteorg buat bersama..
Ada pahit ada manis..:')
Sekrg tiap2 ari kol mereka
Kekdg dgr anak dok gelak2 ngn suami, perasaan cemburu+sedih dtg..
Geram je dgr bnyi zaara ketawa diacah ayahnya..
Mcm aku kol smlm..jth lg air mata dgr suara gelak anak aku..rindu..aku rindu..
Sekrg tgh baring smbil air mata melimpah2
Kalau nk balik sllu sgt..ssh..bajet tkut lari..
In sha allah akan aku usahakan utk balkk dua kali smggu..
Serius aku mati kutu sekrg.
Nak kluar? Nak pg mana?
Kalau adik ipar ajak kuar pulak,aku mls..
Yes,mls..sbb mereka berdua..aku?seorg..
Nanti perasaan rindu timbul melampau2 kt suami..
Kang ada yg mngis teresak2 dlm shppng mall..
Aku skrg suka terperuk dlm bilik..nk kluar bila perlu..mkn pun x tentu (ye ke?? Tp,kt ofis aku cukup mkn)
Rindu rindu...sob sob..
Smua tnya perasaan aku acaner
Sedh hokeyh..Nak wat mcm mana..?? Terpaksa..aku kerja..!!hu4..
Oklah,drpd aku merepek mcm2 baik aku stop skrg..babai!!

Xoxo..published~

Friday, 23 August 2013

Kerja Part Time

Salam..hm, ginilah nasib kami..tyme office hour tak leh nak berblogging..benci!!
terpaksa dtg awl sbb nk update blog
(padahal mmng kena dtg awl pun sebab dok jauh dr opis)
pg td hujan lebat yang amat..rrrrrrrrrrrr
Semlm jln sorg2 kt curve..igtkan nk gunting rmbut kt depan rumah
tapi, boleh pulak terlencong ke sana...
tetiba tgk satu kedai..dia gantung kertas yang tertulis -
siapa yang berminat nak buat part time sila call 00999786786
Haa..gitu..
Tapi, sang suami tabagi..
Dari haritu lg aku nyatakan niat aku nak part time..
Ye lah..balik rumah bukan ada benda
Suami dan anak kt kuching
Bila dah baring2 terigt anak..
Patu nangis2..anak kat sana pun nangis
So, kalau boleh biarlah waktu aku terisi dgn benda berfaedah kan..
At least dpt jugak kumpul duit dlm masa yg sama..
Sekrg dah bertiga..berjauhan pulak tu..
So, byk duit nak kena pakai uoll..
KL-KCH, KCH-KL..
Kalau Sibu lagi naya aku..
Eh, i mean kalau anak aku Sibu, laki aku Kuching..
Tak ke byk lagi duit nak pakaii..
Nak jenguk suami, nak jenguk anak..masa lagi byk terbuang..
Duit lagi..takkan jenguk anak je tak jenguk suami
Dahlah duduk jauh..pastu tak jenguk2..asyik jenguk anak..
Pastu kalau jenguk suami je, tak jenguk anak lagi org pelik..
So, better la si Izaara duduk sekali dgn ayah dia kan..
Senang aku nak lawat..skaligus..
Sekrg ni aku dlm proses mintak tukar..
Ya Allah ya tuhanku, percepatkan lah proses perpindahan aku..Amin..!

p/s : Suami aku keluarkan ayat ni "Jgn bukak dah cerita pasal nak part time..bee dah melarang, kalau ayang bukak jugak cerita pasal nak part time..berdosa ayg nanti..tu ayat ustaz kazim alias"..baiklah encik suami..!!

Thursday, 22 August 2013

HARI RAYA BERSAMA IZAARA

izaara and the gang

ingat senang ke nak candid hah? 

tyme majlis cukur jambul izaara

ni hari raya ke-9 kat rumah anjang aku

ni raya pertama (izaara tgh tido)

ayah+ibu = izaara

first year raya as a parent

zaara in green kebaya..so ngegeh

zaara tumpang stroller isyad

mami paksa zaara meniarap..mami jahat!

zaara buat aksi akrobatik

my big eyes..tomey tak?

ni zaara after bersunat..tasakit pon..!

hmm..boring la mami ni..!

ni lepas kena botak kepala..kiki..tu yg pakai snowcap!


comel tak mak jemah?

kecik2 pgg ampau..dah besar kaki pau..kikiki..

p/s : no idea nak berceloteh..tgk gmbr je k..bye2

XOXO
~PUBLISHED~

Wednesday, 21 August 2013

Zaara Si Kaki Jalan

Assalamuaaikum w.b.t.
Hari ni baru dpt hupdate blog..
Tak tau la apesal smlm tak leh nak login..
Kedekut la mahkamah ni..kesian kami yg takde bos n takde kerja..
At least bila org dtg ke tpt aku, nampak la sikit aku menaip (konon2 type kerja)
Padahal hupdate blog..kikiki..
Okok..aku nk story pasal anak dara aku yg semakin pelbagai ragam..
Nak dijadikan cerita 4 hari lepas ( aku masih di Kuching )
Pada mlm itu, tggl la kami tiga beranak di rumah..
Baring-baring sambil tidurkan zaara..
Punyalah degil nak tidooo
Selalu senang jer..tepuk2 punggung dah lena..
Malam tu dia gelisah semacam..
Bia gelisah2, dia menangis..
Aku bagi susu..
Aku tukar pampers..
Suami aku sapu minyak kayu putih kat perut (takut sakit perut la kan)
Semua dah...tetapi, tangisan menjadi2
So, aku kendong dia..pusing2 dlm rumah..
Lepastu menuju ke pintu keluar rumah..
Alamak, dia terdiam..
Okeyyy..i know what u think anak..!!
Lepastu aku bawak dia ke luar rumah..luar rumah ada sofa tpt lepak2..
Fuyoo..dia buat aksi gelak ketawa..
Tangisan hilang sekelip mata...
Lepas dah reda tu..aku bawak masuk balik..baringkan dia..
Ok dia merengek2..nangis sampai keluar air mata..
Aku kendong balik..mcm tadi (ulang aksi sama)
oK, syg..mami know what u want..
Aku ajak suami aku pusing2 taman..
Masuk je kereta muka dia punya lah happy..asyik toleh tingkap..
Toleh aku pun tidak (tyme tu aku drive)
Jalan2 punya jalan..akhirnya anak aku tu pun tidur...
Fuh..kami tiga beranak pun balik rumahh..
Dia tido sampai ke pg..
Hm...ok..kejadian yang sama berulang lagi pada mlm keesokkannya..
Tiga malam berturut2 dia kena pusing2 taman dulu baru tido..
Cuma smlm tak keluar..sebab tak nak biasakan dia..
Tido dlm keadaan paksa..
Dan waktu Subuh tadi dia seksa suami aku..kihkihkih..
Dengan mata bulatnya...
Rindu kedua2 mereka...uhuk3..

p/s : atok dan nenek zaara selalu berjanji dgn izaara utk bwk jln THE SPRING makan tiyeemmmmm..sbb itu lah dia mengamuk bila janji tidak ditunaikan..ANAK2..!

XOXO
Published~

Thursday, 1 August 2013

Selamat Tinggal Seri Kayan

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam adalah pertemuan antara aku dgn owner rumah lama
Aku ditemani oleh adik ipar aku and makwe dia..(lan dan mira)
Dalam jam 8.15pm kiteorg gerak dari rumah sebab si owner tu nak jumpa sebelum jam 9..

Bila sampai je aku msg owner tu..dia suruh tggu kat rumah..
Kami tiga pun naik ru mah, nak periksa keadaan rumah acaner..
Dinding rumah tu ada kecacatan (kat ruang tamu) sbb aku dgn somi aku lekat gambar poakai dabel tape..tak nak pakukan dinding..kang seribu dia tolak dr situ..

Tok...tok..tok..
Pintu kedengaran diketuk (inversi nye ayat..)
Mira pun g bukak (minah ni ada berani sikit)..
Lepastu abg tu terus masuk cek keadaan rumah
Lan tak banyak cakap, just buat muka selengeee dia..bajet garang..
Aku muka comel je, Mira muka bengis..

Abg tu memulakan bibit bicaranya..
Ada bawak semua bil api air?
Alamak, aku tertinggal kat Sarawak la pulak..
Takde aku cakap..
Pastu dia jwb : Ok, mcm ni..sy bagi RM500 dulu..RM500 saya simpan lepas dapat bil api air..(aku rasa bil kiteorg tak sampai RM500..sebab 3 bulan tak duduk situ)
Lepastu, aku kol husband aku, then aku pas tpn kat dia..
Si Mira pulak menjawab - tolak je lah dr deposit asal tu..
Awak kena faham..bil elektrik untuk bulan Julai tak sampai lagi..jawab lelaki bedebah tu
Mira memang dah panas..aku boleh kawal lagi..Lan pulak diam (ciss..takpe dia leh kasi penumbuk kalo abg tu apa apa kan)
Pastu aku ajak Mira g kat peti surat kt bawah..
Aku cek satu2..Alhamdulillan (Allah nak tunjukkan)
Ada bil elektrik untuk bulan 6 dan 7..haa..
Lama dah tak bayar bil api kot..hahaha..last aritu RM116..pastu the latest semlm RM118..(mana sampai RM500??)

*Rupanya tyme aku dgn Mira g kat peti bawah tu, owner tu ckp lagi kat Lan..yg dia akan tambah RM200 (deposit api dan air katanya)..so, total RM700..

Ok, alhamdulillah..setel bil elektrik..next pulak dia nak berdalih sal bil air..aku dgn suami aku tiap bulan tak bayar bil air..pastu abg tu ckp lagi..saya bagi RM500 + RM200 dulu..selebihnya saya bank in kemudian selepas dapat bil air..
Aku apa lagi..pergilah call kakak maintenance tu..bla bla bla..akak tu ckp memang tak payah bayar pun..
Dushhh..padan muka kau Nazeri..abg tu dah takde point lagi..sebab aku dah ada semua MAKLUMAT..

Ok..setel bab bil2..then, pembayaran deposit pulak..
Ok, sy bagi awak 2 bulan deposit..so, dua bulan deposit bermaksud RM1160..
Seingat aku, waktu aku bank in dia dulu RM1360..(dia nak kencing aku ni)
Lepastu, aku ambik bukti pembayaran (Maybank2u) dan serah kat dia..dalam tu tertulis RM1360..
Then dia jwb, ok RM1160 + RM200 (deposit api dan air)..so, total RM1360..!
Haa..kan....ko tak boleh nak tipu aku la..aku cukup smua bukti..ape lagi..

Aku cakap..mcm ni..abg tolak bil elektrik tu kat deposit..bil RM118..aku bagi dia RM120..
Pastu dia tak de duit pecah kan..so, dia tanya aku ada RM10..
Ada..aku ckp..
Pastu dia jwb..tak payah la dik..untuk BABY.(baik pulak kau ye..)
Ok, terima kasih bangggg...

Alhamdulillah..setel semua..kami pun balik meninggalkan si BODOH tu terkontang kanting..aku bagi balik semua kunci dan kad parking..

Btw, Mira memang lantang bersuara..haha..aku cool ajer..kalau dia ckp kasar mmng aku kasar balikk..mungkin sbb Mira tegas dia jd mcm gagap..kaku..lidah dia mcm kaku nak menjwb..

Dapat je duit terus asing siap2..untuk sewa bilik + repair aircond + roadtax + balik raya + tiket flyte ..fuh2..BERJIMAT LEHA..BERJIMAT..!!

Apapun, terima kasih adik2 kesygnku ( aku tahu dieorg takkan jmpa blog ni)..hanya Allah mampu membalas jasa korang kt akak..kikiki..Klah, nak wat kerja (ada ker?)

XOXO
Published..~