Thursday, 10 April 2014

HIDUP SEBAGAI DROPSHIPPER


Salam..
Hari ni aku nak story sikit pasal dropshipper..
Tak lah cerita banyak, sebab aku pun baru2 jgk jadi agen dropship ni..
Entah apa yg menarik minat aku haritu untuk menjadi agen dropship
Sampai aku gian nak mencari3 brgn apa lagi yg sesuai untuk dijual..
Tapi aku confirmkan dulu kat supplier tu, ada yuran ke tidak..?
Kalau ada, aku tak nak join..haa, nampak tak kat situ? tahap kekedekutan aku?
Yelah, kot brg yg aku iklankan tu tak laku, percuma je aku byr yuran..ken..?
Pada permulaan hidup aku sbg dropshipp aritu aku niaga PANDORA INSPIRED..
Aku gigih buat iklan kat FB, kat group whatsapp aku..
Pembeli pertama adalah kwn satu sekaolah aku..hahaha..
Lucuuuu..pastu kwn aku sendiri si Syedah tu..erm..
Walau pun untung mcm tak la beratus or tak sampai RM30 pun..
Aku bersyukur lah..kdg dapat RM5, RM10..untuk menampung hidup aku ni haa..*klise sgt iol*
Lepas PANDORA, aku try pulak benda lain..
Aku try cadar patchwork..erm..belum ada pembeli lagi buat masa ni
Kadang customer mintak kurang melampau2 kt aku..
Aku tak boleh lah nak kurgkan sgt sebab supplier pun tolak mahal kat aku..
Sbg cth aritu aku dah terjerat dgn satu kedai ni..
Aku belek2 la album dia..harga DS sama kot dgn hrga org nak beli..paham?
Cth la dia tolak shawl tribal kat aku RM10 plus postage RM9..so, harga DS adalah RM19..
Then bila harga DS dah RM19, takkan lah aku nak jual RM20..untung aku singgit je kot..
Lepastu shawl yg dia jual tu, boleh dpt RM10 je kat pasar..so, rasa mcm tak berbaloi sgt nk iklankan..
Tapi mungkin ada yg cakap, RM1 syukur lah..yes, aku bersyukur cuma..ada cuma jugak kenn..
Buat masa ni aku tgh gigih iklankan brg2 supplier..
Aku nak make sure perniagaan DS aku ni berjaya..
Dah aku tak mampu beli brg borong, takde masa nak g pos laju bagai
Baik aku duduk depan PC, buat iklan, terima customer, bagitahu supplier apa yg customer nak then supplier yg pergi mengepos nya..gittewwww..
Tapi manusia sekrg, dah bagi murah nak murah lagi (aku lah tu..suka tawar2)..tapaham..
Aku suka bab2 tawar ni, sampai aku dpt hrga paling rendah..
Oh, baru aku tahu kenapa kadang penjual takleh nak kasi harga rendah sgt kt customer..
Sebab untung mereka ciput jee..aku faham sbb aku dah alami..hehe.
So, lepasni aku akn beli tapi tetap tawar jugak *kejam*
Oklah, nak cari benda utk dijual lagi..sadis benau ayat..


0 juta org yg syg saya: