Friday, 16 May 2014

PERKAHWINAN JARAK JAUH

Hye peeps.
Hm.Aku rasa aku nak menulis.
Sebab aku takde kerja.
Aku nak menulis tentang Perkahwinan Jarak Jauh.
Ramai yg kata PJJ ni susah nak survive. 
Ya..memang susah.
Aku- Shah Alam
Suami - Kuching, Sarawak
Anak - Sibu, Sarawak..
Tiga negeri iol tau..kelas...!!
Tapi, alhamdulillah, buat masa ni aku idup lagi.
Cuma ada ketika tu aku down la jugak.
Exspecially tyme kereta aku rosak.
MasyaAllah..tahu tak tyme tu aku rasa apa.
Nak menangis.Nak meraung. Semua ada.
Senang cerita. Aku lebih BERDIKARI.Faham..
Berdikari2 jugak..air mata tetap gugur wey..
Ingat sng ke hadap??
*mcm ko sorg je laki jauh kan leha kan.. *poyos*
Lagi satu kalau tgk kt mall family jln2..
Bini pgg laki, laki pgg bini..laki pgg ank..ank angkat mak..ehh..
Sebak pulak..huhu..nk jgk..nk jgk beronok2 dgn family tyme weekend..
Actually tu bukan perasaan CEMBURU..tu perasaan sukr digmbrkan
Takkan la aku nk cemburu melihat kebahagiaan org lain..
Ntah perasaan apa tu..ahh..duduk dulu tpt aku baru  tahu.. *libas meja
Ok..skrg aku nak share apa yang tak seronoknya idup jauh2 camgini..
Aku rindu anak aku..uhuk3...

Yang Pertama
Wang banyak habis kerana terpaksa tinggal dalam dua rumah yang berbeza, duit sewa rumah, bayaran utiliti, makan minum berasingan...Bila tinggal berasingan periuk nasi dari satu dah jadi dua. Semuanya menambahkan beban kos yang perlu ditanggung.

Laki aku sllu ckp mcmtu..tak nak anak bini kurang dr org lain
 

Yang Kedua
Slalu rasa bersalah kerana susah senang tidak dikongsi bersama keluarga. Bila suami dan anak dalam kesusahan, dalam keadaan kena melintasi Laut China Selatan bukan senang untuk membantu. Memang tak la kan.Kecuali aku kaya. Beli tiket on the spot. Kalau ada sayap senang sikit cerita aku kan.Kalau anak aku demam ke mesti aku risau..potensi nak balik tu tipis sebab kadang duit cukup2 sampai hujung bulan.. :(


Yang Ketiga
Kesepian juga jika tak dikawal dengan baik boleh menggoyangkan kerukunan rumah tangga.Jujur cerita la kat sini.Aku pernah la cek wasap laki aku. Kwn seopis dia..aku tak tau lah dah kenapa ngan dia tu..Dia hntr gmbr pompuan sexy..pastu dia ckp.."Ko add minah ni..janda bergetah uol"..Motif??? Panas nyer hati akuu..Bini mana tak pns wey..Kalau kwn2 sekeliling jadi batu api..*usap2 dada..Kadang ada jugak msg berbunyik "Jum aku bawak kau ke tpt yang boleh tenangkan jiwa"..Tak cukup tenang ke bee? Macam aku nak bagi penampar buaya jer.Kalau laki tak layan ok lah kan tp aku tak suka la ajakan2 mcmtu..hurm..kwn2 aku takde pulak ajak aku benda ngarut..kalau tak lama dh aku buat kot..Huh.! *emosi terlebih..

Ni iolll edit k.. :p
Yang Keempat
Tekanan emosi tak usap cakaplah, memang sangat-sangat terasa. Bayangkan kalau dulu terbangun  tidur terlihat ada seseorang di sisi, tapi kini hanya melihat katil besar dan bantal-bantal sepi tanpa penghuni. Tiba-tiba ketika itu terasa katil begitu besar untuk ditiduri aku seorang! Ditemani cicak2, semut2 yang sedang mentertawakan aku..LAYHA! LOSER!! LOSER..!! Dulu tyme laki aku ada pun aku tido sorg kdg ats katil..sian laki aku tido bwh..sbb nak bagi keselesaan kpd ibu mengandung..oh, baru aku tahu..zaara ambik cara aku tido..kalau tido tu nak satu katil aku punya..hik4..

Sunyi tanpa anak dan suami..sob2
Buat masa ni..4 tu je yang aku rasa
Tapi In Sha Allah..aku kuat..
Aku seorg yg sgt kuat
Harap minggu depan dpt surat pindah
Ameen..

8 juta org yg syg saya:

aneezjaafar said...

sekarang dok menyewa sendiri ke? actually kita senasib. semua yg awk kata tu ya, it's all correct. huhuhu.. PJJ Cheras-Kuching. Tapi Alhamdulillah tak kena menyewa sendiri. anak pun di samping sbb dok menumpang bawah atap mak pak. Teringin sangat nak rasa dok under one roof dgn hubby. Sejak kawen mcm ni jela PJJ. dah nak masuk thn ke2. selagi boleh hadap, hadapkan sajalah. Nak tunggu tuko ntah bila lulusnye... huuu-

Salam singgah dan follow.. :)
http://aniszahirah87.blogspot.com/

Mami Izaara Imani said...

a'a..skrg layha menyewa dgn student..
anak mak yg jaga kat Sibu
Bapaknya di Kuching
Maknya ni haa..kat Shah Alam ni..alahaiii..
Teringin nak rasa jgk..under one roof dgn ank dan en.suami..:(
Dah try mtk tukar tak sis??

*10q sbb follow iol balik..
salam perkenalan.. =)

aneezjaafar said...

no probs. sesama.. salam perkenalan. hubby dah cuba tp tak dapat. thn depan pulak cuba lgi..

Mami Izaara Imani said...

semoga suami akk cpt2 dpt pindah erk..
akak ke? ke aku yg akak..hik3..
suruh suami akk call smua jbtn kt kl..sapa yg nak blik swk..rasanya ada je kot..
mcm sy, sy kol smua jbtn kt swk..tnya ada yg nak pencen ke idok..

aneezjaafar said...

xkisahla siapa akk sapa adik as long as kita fren. n muka pun ala senyum.. hehehe... kalau la boleh tuko suka sama suka.. senangla sikit jln ceritanya... yg paling penting sy kalau boleh nak elak p kuching. family semua di semenanjung biarlah hubby yg btuko ke sini.. awk xminta p kuching ka? family kat mana?

Mami Izaara Imani said...

wokay maa..no problem..;)
Layha pulak nak balik Kuching..
Semua family sana..
Sebtg kara di sini *sunyi
In Sha Allah kalau JPA luluskan nnti bulan 6 ada SU yang berpencen kt sana..#prayfor me & #prayforhusband sis..supaya cpt2 pindah dkt ngn family..=) ameen

aneezjaafar said...

inshaaAllah, semoga ipermudahkan ye layha.. nti jumpa kat kuching. hehe.. tu pun kalau sesat ke sana.. yela, kita hanya merancang, tuhan sj yg menentukan. cewaah. ayat xboleh thn..

bunga_rose said...

sedih, tp ayat lucu so tak tau nak sedih ke nak gelak hihihih.... tapi nampak sisi matang ct lps dh jauh dgn kuarga..

akak doakan cpt pindah k..